

Hari ni aku ada pegi datang ke rumah sodara kawin (Adie a.k.a Zuriani & Achit) untuk tolong serba sedikit persiapan majlis kawin. Selain hubungan sodara, Adie juga rakan sekelas sejak dari tadika. Rumah nenek achit pula sebelah rumah aku ja..

Kalau di Labuan, atau spesifiknya dalam bahasa Kadayan acara ni dipanggil 'mungkus-mungkus'. Mungkus = Bungkus. Sebab mungkin bungkus kuih2 seperti Kelupis (pulut putih dalam daun kelapa) & Kuih Wajit (pulut itam yang manis).
Selain tu, orang kampung juga tolong untuk memotong daging-daging untuk dimasak esok pagi. Yang lain pula menyediakan makanan untuk makan tengahari kepada orang kampung yang datang untuk mungkus-mungkus.

Banyak juga lauk tadi, ada sayur nangka (sayur kampung iaitu buah nangka muda yang dijadikan sayur), ikan goreng, ayam masak kicap serta sambal belacan. Sampai sekarang masih ada bau kuah nangka di tangan.. hehe.. Malam ni pula ada
majlis 'Malam Berinai', Majlis malam berinai ni adalah majlis berzanji dan berzikir dimana pengantin akan duduk di pelaminan dana kemudian disapukan tepung tawar (aku kurang pasti apa dipanggil).

Setelah selesai, acara hiburan pula akan bermula, kalau zaman sekarang, kugiran atau karaoke yang dipersembahkan.
Tapi kalau ikut sejarah Kadayan, aktiviti berbalas pantun akan diadakan diserikan dengan gendang (Gandang Labik I think they call it) tapi malam ni aku tak pegi, ujan kononnya..

but.. aku pegi sok pagi awal kul 5 pagi sebab mak ajak. Tolong2 apa yang patut. Pagi-pagi selalunya sodara mara terdekat akan datang membantu menyediakan makanan (memasak) untuk dijamu. Jamuan selalunya akan bermula pada pukul 10 pagi sehingga majlis selesai iaitu lebih kurang pukul 1.

Kalau ikut adat Labuan (ni mengikut pemerhatian aku sejak kecil), pengantin lelaki akan datang berarak kira-kira jam 12.30 tengah hari untuk disandingkan dengan pengantin perempuan.
Pengantin lelaki akan membuat pusingan (Pusingan Naga, kalo silap harap diampun), mereka akan mengelilingi payung yang diikat di sebatang kayu beberapa kali sebelum naik ke rumah pengantin perempuan. Tamat bahagian 1, nanti aku sambung k tuk part 2 yolls.. XOXO!