
Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh oleh anggota-anggota pasukan komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan selepas sepuluh tahun diburu setelah dia dituduh menjadi dalang serangan pengganas 11 September 2001 yang menyebabkan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di New York runtuh.

Osama, 54, terbunuh dalam satu pertempuran dengan komando-komando AS di sebuah rumah mewah bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotabad yang merupakan lokasi pelancongan, pusat pendidikan dan menempatkan Akademi Tentera Pakistan.
Rumah dua tingkat tersebut yang dikelilingi tembok tinggi dan kawat berduri terletak sekitar 100 meter dari akademi tentera Pakistan dan 60 kilometer dari Islamabad.

Empat buah helikopter menyertai operasi serbuan ke atas rumah tersebut.

Menurut beberapa pegawai Pakistan di bandar itu, sekumpulan pejuang yang berada di atas bumbung rumah berkenaan melepaskan tembakan grenad ke arah helikopter-helikopter itu.

Berita dipetik dari Kosmo!, Gambar dari DailyMail.uk, Video from YouTube.






Tiada enjin carian Internet Google mahupun kamera tetapi harga telefon bimbit jenama Æsir YB1 jauh lebih mahal berbanding telefon pintar iaitu mencecah £6,400 (RM31,675) lapor sebuah akhbar semalam.
Namun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, YB1 mahal kerana ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan jam tangan mewah. "Orang kaya tidak perlukan telefon pintar seperti iPhone, mereka mengupah staf untuk mengendalikan jadual, menghantar e-mel atau mengemas kini Facebook," katanya.