
Tokek ataupun Gecko dalam bahasa Inggerisnya (cicak besar) kini menjadi sebutan ramai apabila ada ramai mengatakan bahawa tokek ini boleh mengubati penyakit yang selama ini tiada penawarnya iaitu AIDS! Tokek ini selalunya dijumpai di rumah-rumah desa,di celaha-celahan pokok mahupun belukar. Ianya sama seperti cicak kecil biasa, yang keluar mencari makanan pada waktu malam, tidak kira serangga, tikus kecil mahupun burung.
Hati-hati sekiranya anda ingin menangkap tokek ini. Sekiranya anda menangkap tokek menggunakan jari, jari anda tidak akan dilepaskan sama sekali! Tokek hanya akan membuka gigitannya hanya apabila guruh berdentum dilangit!
Sebenarnya saya sendiri pernah terlibat dengan perbincangan penjualan tokek ini kerana abang saya ada memelihara seekor tokek. Menurut orang tengah tersebut, air liur tokek boleh menyembuhkan luka dengan serta merta. Malah dapat menyembuhkan penyakit AIDS! Oleh kerana itu harga tokek dewasa boleh mencecah ratusan ribu ringgit malah ada yang berjuta. Hari ini ramai orang sudah mula memburu tokek. Setakat mana kebenaran cerita ini? Wallahualam!