






Blog komtemporari untuk masa santai anda! Tulisan dalam blog ini adalah pandangan aku sendiri. I think, this is the right place to share my interest & my phylosophy bout our world. p/s: be green! Amaran: Tulisan di dalam blog ini tidak semestinya betul. Cari maklumat lain sebelum mempercayai penulisan di dalam blog ini.
Sumber: www.niezzam.com
SELALUNYA orang lelaki yang sering membicarakan tentang bentuk tubuh perempuan yang menarik minat seseorang lelaki itu. Masing-masing punya pendapat sendiri. BAGAIMANA DENGAN ANDA???.
Ada yang menganggap rambut adalah aset paling utama bagi seseorang wanita yang mampu menarik perhatian mereka. Tapi kebanyakannya menyukai bahagian-bahagian yang diangg
ap seksi dan menghairahkan seperti punggung dan dada wanita!!! Fuyoooooo!!! but not all… !!!!! Tetapi memang bahagian itu yang sering menjadi intipan mata nakal mereka!!!
Berbalik kepada soal bentuk tubuh wanita yang digemari oleh lelaki, tapi bagaimana pula dengan wanita??
Sebenarnya wanita juga punya tarikan kuat terhadap mana-mana bahagian tubuh lelaki! Cuma bezanya nak dikatakan disini mereka jarang nak berbicara secara terbuka. Kalau dikalangan mereka, topix ini tetap menjadi salah satu topix yang hangat dibicarakan (Ada Betui kahhh??)
Jangan terperanjat juga, minat mereka itu berbeza dengan kaum lelaki…! . Cuba tanya kepada mana mana gadis maupun emak-emak gadis…bahagian lelaki yang mereka sukai…ermmm..shhyyyyy.Pasti ada yang mengatakan mereka ini sukakan bahagian bahu ataupun punggung lelaki!!!Wahhh dooohh wahhh dooohhhh..! mesti mereka akan berkata macam nie…”””Fuyooooo!!! cantiknya badan dia!! sampai tak teringat ada orang kat sebelah..terpancul berkata-kata ” Bagi Aku lelaki yang punyai badan sasa itu adalah palign seksi”
Ahaaaa!!!! Tahukah anda bahawa sebenarnya berdasarkan minat gadis, maupun sesiapa pun yang bergelar wanita, dibahagian tertentu tubuh lelaki, sikap seseorang itu boleh diselidik? Betul ker? Nak tahu? Rasanya masih ramai dikalangan anda yang tak tahu kan termasuklah para emak-emak gadis. Anda hanya tahu minat saja tapi tak tahu rahsia disebaliknya..JADI..Bacalah artikel ini sehingga habis untuk mengetahuinya..
Tak dinafikan, ada orang yang suka bahagian perut lelaki tak kira sama ada lelaki itu berperut “RATA” dan KEMPIS” ataupun “BOROI”!! Alah! ” TASTE” manusia ni kan tak sama dan bermacam-macam. Apa nak dihairankan?? Apa sikap seseorang itu yang menggemari tubuh lelaki dibahagian ini?
Menurut seorang pakar terapi seks dari bahan bacaan saya iaitu Dr Ava cadell, seseorang yang menyukai bahagian tengah tubuh lelaki ini melambangkan seorang yang ingin menguasai si lelaki. Mereka juga seorang yang suka dan inginkan diri mereka menjdi fokus utama si Dia. Pendek kata, mereka ingin diri mereka dianggap segala-galanya bagi lelaki itu!..Keburukannya, sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak teragak-agak untuk berpaling tadah dan meninggalkan lelaki itu…AwwwwwwW!! Hai jangan lah gitu…tak elok naaaa…kesian si Dia.!
RAHSIA BAHAGIAN PEHA
Sama seperti lelaki, perempuan juga memuja lelaki yang bertubuh cantik. Jadi sudah tentu mereka yang berpotongan “V”, menjadi pilihan !..Mereka yang menggemari bahagian peha lelaki yang pejal melambangkan bahawa meraka itu sukakan kehidupan yang mencabar dan gemar berkongsi aktiviti mencabar dengan si Dia.Dalam hal ini kebarangkalain anda juga sukakan kejutan didalam kehidupan sendiri.
RAHSIA BAHAGIAN DADA
Rata-rata perempuan sukakkan dada lelaki yang bidang. Yealah, kekononnya boleh dijadikan tempat sandaran yan g selesa!..(tanya pada hud…hud.. naa). Ada yang menggemari lelaki dada berbulu dan ada yang sebaliknya (taste memasing gaaaakkk). Terpulang kepada diri individu itu sendiri. Apakah sikap seseorang yang menyukai bahagian tubuh ini? Mari kita lihat?..Mereka dikatakan seorang yang manja dan mengharapkan lelaki yang mendampingi mereka itu boleh bertindak sebagai pelindung kepada yang boleh membuatkan diri mereka rasa selamat bila berada disisinya. Menurut pakar, perempuan yang mneyukai bahagian ini lebih mementingkan kestabilan hidup bernabding dengan seks bila berkahwin nanti. Sekiranya mereka tertarik pada jejaka yang berbulu dada, bermakna mereka inginkan lelaki yang bersifat “Kejantanan” dan sekiranya dada tanpa bulu, mereka lebih sukakkan lelaki bersifat agak keanak-anakkan…Fusssss…
RAHSIA BAHAGIAN TANGAN YANG SASA
Tangan yang kasar dan sasa itu mempunyai tarikan yang tersendiri. Bagi seseorang perempuan yang meminati bahagian tangan lelaki, bermakna mereka itu meminati lelaki yang boleh diharapkan dan mereka suka bergantung kepada lelaki itu di dalam hidup mereka nanti..
RAHSIA BAHAGIAN BIBIR
RAHSIA BAHAGIAN BAHU DAN LENGAN
Bahagian bahu dan lengan adalah antara bahagian yang paling diminati oleh golongan sesorang wanita itu apabila melihat susuk tubuh seseorang jejaka. Menurut pakar dari bahan bacaan saya, bahu yang lebar dan tegap adalah sama tarikan dengan saiz payu dara seseorang perempuan. Seperti juga dada, bagi perempuan, bahu memberikan perasaan selamat kepada sesorang perempuan bila tangan tegap dan kukuh itu melingkari tubuh mereka.(18SX)
RAHSIA BAHAGIAN PUNGGUNG (oops!)
Pehhh!!… Jangan tak CAYA!! itulah hakikatnya. Jikamana lelaki sukakan punggung perempuan, apa kurangnya perempuan. Bahagian punggung yang pejal dan cantik menjdi perhatian perempuan. Malah ada yang mendakwa kononnya, sekacak manapun lelaki itu jika tidak punyai punggung yang cantik seolah-olah akan ” HILANG” sedikit kekacakan meraka…… Macam itu sekali…isss…siisssss… Apapun, perempuan yang meminati bahagian penuh “KONTROVERSI” ini seorang yang senantiasa ceria dan inginkan perhubungan yang penuh dengan keseronokan biarpun perhubungan itu mungkin tidak berpanjangan. Selain itu, mereka juga seorang yang terbuka dan suka suatu yang mencabar…WoooowwwwW…!!!
Source: http://www.niezzam.com
Hehheheheh.. Suka tang mana???
Bakal menjengah pawagam 26 Mei depan, Karak tidak terkecuali daripada menerima sentuhan magis pengarah
tersohor, Yusry Abdul Halim yang buat julung-julung kalinya mengarahkan filem seram.
Berkisarkan tentang perjalanan empat sekawan yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan sebelum mereka mengalami kesesakan yang luar biasa sehingga nekad untuk mencari jalan alternatif.
Tanpa disedari, keputusan nekad yang diambil menyebabkan mereka berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan.
Bercerita dengan lebih lanjut mengenai Karak, menurut Norman, filem tersebut digarap berdasarkan kisah yang biasa didengari berkenaan dengan lebuh raya tersebut.
“Kami jahitkan cerita yang pernah berlaku di kawasan tersebut dan kisah yang menjadi buah mulut orang.
“Dalam filem ini juga, ada 10 entiti paranormal yang akan dipersembahkan. Selain itu, kami juga ada membuat beberapa kajian untuk digarap menjadi sebuah filem,” katanya yang ditemui pada sidang akhbar filem itu di ibu negara baru-baru ini.
Ditanya tentang motif sebenar KRU Studios menerbitkan naskhah seram, Norman memberitahu, ia bertujuan untuk mempelbagaikan genre filem terbitan produksinya.
Ujarnya lagi, selain Magika, pihaknya juga akan menerbitkan filem bercorak komedi, penggunaan binatang sebagai objek utama selain genre yang pernah dihasilkan sebelum ini.“Kalau semua filem yang diterbitkan bercorak sama seperti aksi, seram dan komedi, orang akan jemu,” jelasnya sambil memberitahu jumlah kos yang dikeluarkan untuk Karak adalah antara yang paling rendah iaitu RM1.5 juta.
Muka baru
Karak menampilkan empat pelakon utama yang juga muka baru iaitu Shahir AF8 yang memegang watak sebagai Nik, Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack) dan Kilafairy (Ida) serta seorang pelakon veteran iaitu Sidek Hussin (Tok Malam).
Dalam pada itu, Yusry ketika diajukan pertanyaan mengenai pengambil muka-muka baru, dia berpendapat bahawa ia berdasarkan keperluan jalan cerita yang memerlukan keaslian bagi menimbulkan perasaan seolah-olah kejadian dalam filem itu benar-benar berlaku.“Pemilihan pelakon baru memang disengajakan. Ia untuk memberi nafas baru dan kelainan.
“Untuk itu, sebuah bengkel telah diadakan sebelum hari penggambaran agar mereka berpeluang untuk mengenali antara satu sama lain sebelum berlakon. Ia sebenarnya membantu untuk menjayakan peranan masing-masing,” terang Yusry.
Menjalani penggambaran selama 20 hari di sekitar Lembah Pangsun, Cyberjaya dan Beranang, Yusry mengakui berdepan dengan cabaran kerana filem tersebut mengisahkan apa yang berlaku dalam satu malam.
“Penggambaran hanya akan bermula selepas matahari jatuh dan berhenti sebelum matahari terbit, jadi semua jadi ‘hantu’ kerana tidur siang dan malam bekerja.
“Waktu malam agak singkat, jadi kena cepat dan saya akui ia agak memenatkan. Bagaimanapun, penggambaran di dalam studio sebenarnya banyak membantu mempercepatkan proses penggambaran,” katanya.
Sebuah lagu tema juga akan mengiringi filem Karak yang bertajuk Kerek nyanyian Bandi Amuk ciptaan sepenuhnya oleh Edry.
Sementara itu, pelakon yang ditemui mengakui teruja dengan filem tersebut terutama bagi Shahir dan Kilafairy yang baru pertama kali mencuba cabang lakonan.
“Saya banyak belajar dalam filem pertama ini.
Babak yang paling mencabar ialah babak sedih kerana saya perlu menangis. Untuk menjayakannya, saya turut dibantu oleh jurusolek. Ia sungguh sukar bagi saya,” ulas Shahir.
Kilafairy turut berkongsi keterujaan yang sama melalui filem pertamanya itu.
“Ini filem pertama saya, mestilah mencabar, tetapi dengan tunjuk ajar oleh pengarah secara tidak langsung meringankan cabaran yang ada. Saya sungguh teruja dan tidak sabar untuk melihat hasil lakonan saya,” ujarnya
Sumber: Kosmo!
Antara filem yang aku nanti-nantikan tahun ni!! xoxo!
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan
memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Toyol
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya. Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya. Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak. Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
Tulah serba sedikit hantu yang ada kat Malaysia ni.. percaya ke tidak terpulang kepada anda.. Tunggu tuk post saya yang seterusnya Berkenalan dengan hantu part 2 yolls! xoxo!