Tuesday, May 3, 2011

Osama Bin Laden : Gambar dari Tabloid, Konspirasi atau Kebenaran??


Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh oleh anggota-anggota pasukan komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan selepas sepuluh tahun diburu setelah dia dituduh menjadi dalang serangan pengganas 11 September 2001 yang menyebabkan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di New York runtuh.


Osama, 54, terbunuh dalam satu pertempuran dengan komando-komando AS di sebuah rumah mewah bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotabad yang merupakan lokasi pelancongan, pusat pendidikan dan menempatkan Akademi Tentera Pakistan.


Rumah dua tingkat tersebut yang dikelilingi tembok tinggi dan kawat berduri terletak sekitar 100 meter dari akademi tentera Pakistan dan 60 kilometer dari Islamabad.



Empat buah helikopter menyertai operasi serbuan ke atas rumah tersebut.



Menurut beberapa pegawai Pakistan di bandar itu, sekumpulan pejuang yang berada di atas bumbung rumah berkenaan melepaskan tembakan grenad ke arah helikopter-helikopter itu.



Berita dipetik dari Kosmo!, Gambar dari DailyMail.uk, Video from YouTube.












Pendapat aku, kematian Osama seperti direka-reka oleh Amerika dan sekutunya. Sebagai perumpamaan, lihat sahaja apabila orang Amerika membuat plot sebuah filem Hollywood yang begitu teliti yang dilihat seperti kejadian sebenar. Kalau mereka mampu menghasilkan sebuah filem seperti Avatar, maka mereka mampu untuk menipu dunia dengan perancangan teliti dan licik mereka.

Apa pendapat yolls??

Monday, May 2, 2011

Telefon bimbit antipintar berharga RM31,675



Tiada enjin carian Internet Google mahupun kamera tetapi harga telefon bimbit jenama Æsir YB1 jauh lebih mahal berbanding telefon pintar iaitu mencecah £6,400 (RM31,675) lapor sebuah akhbar semalam.

Menampilkan reka bentuk mudah dan ringkas, gajet buatan Denmark itu begitu diminati oleh golongan kaya dan merupakan gajet prestij mereka.

YB1 yang didatangkan dengan skrin kaca batu nilam, cuma dilengkapi fungsi asas telefon bimbit iaitu kemudahan panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Namun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, YB1 mahal kerana ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan jam tangan mewah. "Orang kaya tidak perlukan telefon pintar seperti iPhone, mereka mengupah staf untuk mengendalikan jadual, menghantar e-mel atau mengemas kini Facebook," katanya.

Source; Kosmo & World Wide Web..


Versi Emas pula berharga £37,000.

Dah banyak duit sangat.. apa kesah yolls.. hehe.. XOXO!